Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) jika berlaku banjir semasa hari pengundian.<br /><br />Dalam masa sama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu mahu SPR umum pelan kontigensi untuk mengelakkan halangan pengundian akibat bencana berkenaan.